INTAC 2024

News & Media Coverage

Information about INTAC 2024 through many different media.

INTAC 2024: Platform pamer Khazanah budaya dunia

Astro Awani
Mac 11, 2024 22:12 MYT

KUALA LUMPUR: Pameran Persidangan Pelancongan dan Kebudayaan Antarabangsa (INTAC 2024) yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 3 hingga 6 Oktober depan dilihat mampu menjadi platform dalam menyingkap khazanah budaya seluruh dunia.

Sekreteriat INTAC dalam kenyataan berkata acara tersebut bertujuan menggalakkan industri pelancongan negara, sekali gus mempamerkan kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia kepada masyarakat luar.

Sekreteriat itu menambah, program berkenaan akan turut menghimpunkan semua pemimpin dalam industri pelancongan antarabangsa, peminat budaya dan profesional pelancongan untuk berkongsi maklumat serta idea yang inovatif dalam aspek pelancongan budaya secara menyeluruh.

Industri pelancongan dan budaya telah mengalami pertumbuhan yang ketara dalam tempoh dua tahun lalu dan dijangka terus meningkat tidak lama lagi. Pada 2023, Malaysia merekodkan kedatangan sebanyak 20.1 juta pelancong luar, sekali gus dapat menjana pendapatan RM71.3 bilion. Acara ini turut menyediakan ruang perbincangan melibatkan pendapat golongan profesional daripada beberapa negara yang boleh dijadikan contoh dalam bidang pelancongan serta budaya,” katanya di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, sekreteriat itu berkata penganjuran INTAC 2024 juga dijangka mampu menarik 100,000 pengunjung dari dalam dan luar negara. Daripada jumlah itu, pihaknya menyasarkan sebanyak 40 negara dan 300 reruai pameran akan menyertai INTAC 2024. Pengunjung INTAC 2024 boleh menantikan pameran yang akan menonjolkan budaya Malaysia dalam bentuk tarian dan seni yang mampu menarik minat banyak pihak,” jelas kenyataan itu.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/intac-2024-platform-pamer-khazanah-budaya-dunia-461919

INTAC 2024 galak pelancong, ketengah budaya Malaysia

Media Variasi
MARCH 11, 2024

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100,000 pengunjung dijangka bakal memeriahkan Pameran dan Persidangan Pelancongan dan Kebudayaan Antarabangsa (INTAC) 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur (WTCKL) mulai 3 hingga 6 Oktober depan.

Pameran anjuran Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) yang bertujuan menggalakkan sektor pelancongan serta mengetengahkan budaya Malaysia itu akan melibatkan 40 negara, 300 peserta pameran, 12 ‘Country Pavilion’ serta 20 persembahan kumpulan antarabangsa serta domestik.

Menurut Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Manoharan Periasamy, INTAC 2024 turut menghimpunkan pemimpin industri antarabangsa, peminat budaya dan profesional pelancongan untuk mengadakan perbincangan, perkongsian serta pelaksanaan idea-idea inovatif demi pelancongan mampan serta pemeliharaan budaya.

Jelasnya, ia akan menampilkan beberapa acara termasuk Sidang Kemuncak Menteri, program pertukaran budaya serta warisan budaya negara berbeza yang diketengahkan melalui pameran seni.

Selain itu, beliau berkata, turut diadakan adalah festival kebudayaan dan persidangan yang membincangkan topik berkaitan dengan pemeliharaan dan promosi budaya.

“Para pengunjung juga berpeluang menyaksikan Pameran Budaya Malaysia, pertunjukan muzik, tarian dan seni budaya Malaysia.

“Tidak sekadar itu, pengunjung pasti terpukau dengan perarakan Festival Antarabangsa yang menampilkan kemunculan penghibur dari seluruh dunia menerusi budaya terbaik dari negara masing-masing,” katanya berucap ketika majlis pra-pelancaran INTAC 2024 di sini pada Isnin.

INTAC 2024 mempromosi pelbagai budaya Malaysia di mata dunia.
Lebih menarik, beliau berkata, INTAC 2024 turut memberi peluang perniagaan, yang mana urusan rangkaian dan perjanjian akan dipermudahkan, dengan kontrak bernilai lebih RM30 juta dijangka ditandatangani ketika acara tersebut.

“Sertai INTAC 2024 sambil meraikan keindahan dan kepelbagaian serta terokai ufuk baharu dalam perjalanan dan budaya,” katanya.

Beliau berkata, industri pelancongan sudah pun mengalami pertumbuhan ketara dalam tempoh dua tahun lalu dan dijangka terus meningkat tidak lama sahaja lagi.

Pada 2023, jelasnya, Malaysia mengalu-alukan kedatangan seramai 20.1 juta pelancong, menjana pendapatan sebanyak RM71.3 bilion sekali gus melepasi sasaran 16.1 juta ketibaan.

Bagi 2024 pula, katanya, negara ini menyasarkan untuk mengalu-alukan 27.3 juta pelancong dengan RM102.7 bilion hasil pendapatan,” ujarnya.

https://mediavariasi.com/2024/03/intac-2024-galak-pelancong-ketengah-budaya-malaysia/

INTAC 2024

Experience the magic of tourism and discover new cultures